Blog pendidikan yang berisi tentang semua hal yang berkaitan dengan pertanyaan-pertanyaan sulit, tuliskan pertanyaan yang anda ingin tanyakan, maka kami akan siap sedia menjawab semua pertanyaan anda.


Mau Dapat Pulsa Gratis Tiap Minggu? Langsung Saja Download Aplikasinya Disini
Jumat, 11 Maret 2016

Matlamat Dasar Pembangunan Nasional Malaysia 1991

Advertisement
Mau Pulsa Gratis Buat Beli Kuota Internet? Oke Langsung Saja Download Aplikasinya Disini

Advertisement
Matlamat Dasar Pembangunan Nasional Malaysia 1991 - Pada kesempatan yang baik ini kita akan belajar mengenai Dasar Pembangunan Nasional. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) ialah Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) yang pernah dilaksanakan dalam ekonomi Malaysia. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang meliputi tempoh 1971 hingga 1990 telah tamat. Dalam tempoh pelaksanaan DEB, ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh, namun banyak kejayaan telah dicapai. Bagi menyambung dan memperkukuhkan hasrat ekonomi rakyat, maka satu dasar baru dikenali sebagai Dasar Pembangunan Nasional (DPN) bagi tempoh 1990 hingga 2000 telah dibentuk. Pembentukan dasar baru ini menandakan bermulanya Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2). Dasar ini telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia keempat Tun Dr. Mahatir Mohamad.

Dasar ini digubal bertujuan menyambung matlamat DEB yang belum tercapai akibat daripada cabaran yang dihadapi dan membentuk matlamat baru sebagai hala tuju negara. Hal ini menandakan bermulanya satu lagi era baru dalam usaha Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Objektif DPN ialah untuk mencapai taraf sebuah negara maju dari semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, perpaduan negara menjadi teras utama kerana melalui perpaduan kestabilan sosial dan politik dapat dikukuhkan dan penbangunan ekonomi yang berterusan dapat dikekalkan.
Matlamat Dasar Pembangunan Nasional Malaysia 1991

Fokus

  1. Membasmi golongan miskin
  2. Menyusun semula masyarakat
  3. Membantu golongan yang susah

Objektif

  1. Memperkukuhkan kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan di luar bandar
  2. Menjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomi

Program

  1. Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
  2. Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek
  3. Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi
  4. Menerapkan nilai sosial, kerohanian, dan amalan cintakan alam sekitar
  5. Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan
  6. Meningkatkan kerohanian diri
Matlamat DPN adalah untuk mencapai pembangunan yang seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang lebih bersatu padu dan adil. Bagi strategi pelaksanaan pula, DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbang ke arah perpaduan negara. Berikut merupakan aspek-aspek strategi pelaksanaan:
  1. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama.
  2. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.
  3. Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada pertumbuhan secara adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.
  4. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar.
  5. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.
  6. Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.
  7. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden.
  8. Memastikan bahawa dengan usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang negara dapat dikekalkan secara berterusan.
Itulah pembahasan kami mengenai Matlamat Dasar Pembangunan Nasional Malaysia 1991. Penulis menyadari terdapat banyak kekurangan dalam penjelasan diatas, untuk itu komentar dalam bentuk kritik, saran atau masukan sangat penulis harapkan demi kemajuan tulisan ini, baca juga tulisan kami sebelumnya yang membahas tentang Jelaskan Pengertian Pembangunan Nasional Menurut Para Ahli Adalah. semoga dapat bermanfaat

Advertisement
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Matlamat Dasar Pembangunan Nasional Malaysia 1991

0 komentar: